Pages

TAHUN BARU MENJELMA

Alhamdulillah, dengan rasa penuh kesyukuran, kita sekali lagi diberi peluang untuk melangkah kaki ke tahun baru di mana pada 1 MUHARRAM yang lepas, kita melewati tahun baru Hijrah manakala pada hari ini akan berlabuh tirai 2010 dan kita menyusuri pula tahun baru 2011 Masihi. Samada kita sedar atau tidak, kedatangan kedua-dua tahun baru tersebut, sebenarnya menandakan usia kita semakin meningkat dan kita semakin menghampiri saat kematian.

Telah menjadi satu tradisi, apabila datangnya tahun baru, kita menyambutnya dengan semangat yang baru, azam baru, diari baru dan segala-galanya baru. Sebenarnya dalam Islam tidak ada istilah tahun baru atau tahun lama! kerana kita sentiasa dituntut untuk patuh dan taat kepada Allah pada setiap masa dari awal tahun hingga akhir tahun, dari umur baligh hingga ke liang lahad.

Setahun yang berlalu sudah pasti melakarkan catatan-catatan penting yang boleh dijadikan pengajaran dan iktibar. Jikalau pada tahun lalu, banyak kepincangan-kepincangan yang telah berlaku dalam kehidupan kita samada secara disengajakan atau tidak, maka pada tahun ini kita berazam untuk tidak mengulangi lagi kepincangan yang sama. Jikalau pada tahun lalu kita telah menempa beberapa kejayaan dan kecemerlangan, maka pada tahun ini biarlah kita mencipta kejayaan yang lebih baik daripada tahun sudah kerana seorang muslim akan sentiasa mengarahkan diri mereka ke arah yang lebih baik.

Satu perkara yang menjadi lumrah, apabila datangnya tahun baru, maka ia sering dikaitkan dengan soalan: Apakah azam dan cita-cita tahun baru? Para artis sudah pasti akan memasang azam untuk lebih cemerlang dalam lakonan atau nyanyian dan menghasilkan filem atau album yang yang lebih meletup lagi. Ahli perniagaan pula akan bercita-cita untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka agar mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Manakala ahli sukan pula akan menyatakan bahawa mereka akan mempercepatkan lagi usaha untuk menempa nama negara di mata dunia.

Begitulah seterusnya, apabila ditanya mengenai azam, masing akan menyatakan azam dan cita-cita yang pelbagai nada dan bunyinya. Amat jarang sekali kita dengar, orang yang menyuarakan cita-cita untuk menjadi hamba Allah yang lebih bertakwa, lebih pemurah, lebih patuh atau taat kepada hukum Allah dan lebih menghayati ajaran Islam secara Syumul!
Tidak salah untuk menanam azam! Tetapi seimbang dalam usaha mencari kecemerlangan dunia dan akhirat. Selain itu, usaha yang bersungguh-sungguh pula disusuli supaya cita-cita dan azam tersebut menjadi realiti bukannya sekadar azam kosong.  

Adakah perlu kita bila tahun baru menjelma adanya azam baru...Sepatutnya sebagai seorang Muslim setiap hari, masa detik perlu ada azam baru....

Renungkanlah hadis nabi ini:


Adalah diharapkan juga moga tahun baru ini akan menjadi tahun kegembiraan, bukannya tahun yang mendukacitakan sebagaimana yang berlaku pada tahun-tahun lepas. Dalam mengimpikan hasrat ini, usaha dan tekad perlu berjalan selari kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Begitu juga dengan kebaikan, tanpa azam dan pegangan kukuh pada nilai murni, ia tidak akan dapat dicapai.

Sama2lah kita renungkan video ini

 

0 comments: