apa benda la agaknya CGPA/GPA/PNGK/PNGS ni ye..
di sebalik perkataan akronim ini penuh makna tersirat
bila je sebut and dengar perkataan2 ini..satu badan mengigil...cuak jugak..
pagi tadi,aku telah serve ewadi usim, portal pelajar...
nak check result berapa dapat...
tapi memang tension gak dengan server..biasalah malaysia boleh kan..huhuhuhu
TIBA2!!!!!!!
CGPA aku taklah sehebat mana...alhamdulillah cukup makan...tapi aku boleh melompat2 macam orang g*** selepas terpapang di depan mata result exam....
SYUKUR KE HADRAT ALLAH
permulaan yg sangat membnggakan...selepas ini kene lebih struggle lagi to keep maintaince...INSYAALAH
Alhamdulillah, dengan izin, keberkatan Allah and doa parents aku, akhirnya terbalas gak waktu tidur aku hari-hari masa aku kat u dulu.
Terimah LAH SEBUAH KARYA PUISI CIPLAK CIPTAAN ORANG
Semalam aku bertatih dalam sinar kelam
Mengeja kehidupan
walau payah seringkali menjenguk
Lorong kaca itu
Kususuri walau satu demi satu langkahku
Menagih darah, keringat dan air mataku
Pada asbab;
Aku tidak tegar melihat jerih payah
Ayahanda bonda tergadai dek kemalasan dan kelemahanku
Pada asbab;
Aku ingin meniti sinar kejayaan
Waima diri serba kurang
Sungguh janji Tuhan itu pasti
Tiada siapa yang berusaha, melainkan Kau membayarnya
Sedetik aku bertatih di lorong kaca
Aku tiba di boulevard penuh ranjau duri
Tuhan, sesungguhnya Kau masih mahu menguji
Aku merangkak, berjalan dan kalau perlu berlari
Mengejar kejayaan; yang kupasti ada di hujung sana
Musim yang empat, itulah saksi setia jatuh bangunku
Sejuk salju tak bisa memendam beku semangatku
Azamku tak bisa gugur bersama kekuningan daun musim luruh
Mentari yang mencengkam tak bisa menghambat aku bermalasan
Di teduhan lagha
Warna-warna yang mekar lewat musim bunga tak bisa melalai diri
Dengan pesona dunia
Wal hasil, kini
Aku hampir tamat pengajian di madrasah hidup
Ijazahku; muslim yang cemerlang dalam tribulasi dunia
Dan imtihan ukhrawi
Tuhan, saksikanlah wahai Yang Maha Menyaksikan
Keihklasan abid-Mu dan kesungguh khalifah-Mu ini
Dalam mengimarahkan dar al fana
Demi berteduh di bawah redhaMu.

0 comments:
Post a Comment