Assalamualaikum
Alhamdulilah kerana diri ini masih diberi kesempatan untk menulis di blog ini..
Begitu lama rasenya aku cuti dr menulis ape2 entri kt blog aku ni..Da berhabuk da..fuh2..bnyknye habuk..huhu..
Xde masa nk berblogging..dan juga mood utk berblogging xde..dont know why..
Hari2 aku lalui semakin sukar..Insyallah, akan dipermudahkan oleh Allah S.w.t..
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..
Nak story ckit satu alkisah…alkisah tika mana diri ini di ambang penentuan…
Pada suatu ketika, tanya seorang mahasiswa …”Ustz! Semua masuk ke dalam final exam nanti”
“Muqarrar kullu safhah, kullu muqarar..” Balas Syeikh Doktor tenang.
Riuh-rendah satu dewan. Masing-masing berebut mahu bertanya soalan kepada Sang Muallim. Ada yang bermisai, ada yang berjambang, ada juga bergaya kasual dan bersongkok. Belum pun Doktor membuka sesi soal jawab, beribu tangan sudah diangkat untuk bertanya. Keberanian yang mengatasi segan.
Beliau menambah menguatkan lagi suruhan. Satu kitab perlu dikhatam kerana setiap tajuk akan dipersoalkan.
Bak kata pepatah “Berat mata memandang Berat lagi bahu memikulnya. Banyak jugak yg perlu dikhatamkan..apakan daya ini sudah suratan takdir. EPILOG DIRI
Itu TANDANYA
Menjadi kebiasaan seandai hampir ke ambang peperiksaan semester, muqarrar ataupun dengan bahasa mudah disebut ‘ketetapan tajuk yang masuk peperiksaan’ akan diminta para Mahasiswa. Ini bertujuan supaya dapat memudahkan urusan pembelajaran sebelum terjun di medan perang.
Sebelum itu, prosuder biasa yang perlu dilalui Mahasiswa/wi USIM. Mendapatkan slip peperiksaan. Jika tidak, mungkin tidak dapat menduduki peperiksaan.
Jadual peperiksaan juga sudah terpampang menunjukkan kami bakal berentap pada tarikh 22 November 2010 sehingga 4 Disember 2010. Terlalu pantas masa berlari. Pejam celik dah nak exam….
Stadium Tertutup Nilai
"MEdaN PePeraNgan MAhsiswa Usim"
Kesimpulan
Konklusinya mudah. Saya percaya setiap manusia bakal menempuh ‘peperiksaan’ masing-masing. Bukan sahaja di dunia malah akhirat juga tidak terlepas. Persoalannya, sudah bersediakah kita dengan jawapan tepat dan bernas untuk menjawab di hadapan Allah SWT kelak?
ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA!!!!
Wallahua’lam.





0 comments:
Post a Comment