Aku semakin kurang menulis lewat dewasa ini. Hati aku senang..ya mmg aku senang hati kini. Bukan kerana ada seseorg yang menghiburkan hati...tetapi kerana buat sementara waktu ini aku sedang berehat dari masalah. Terlalu maha hebat masalah yang baru aku lalui baru-baru ini hinggakan membengkam seluruh jiwa dan hati.
"awak tahu..betapa saya sangat rindukan awak..."
awak tak mungkin tahu..betapa sekejap benar persinggahan itu tetapi..terlalu banyak yang awak tinggalkan. Ingin aku singkirkan rindu ini..tetapi aku tahu terlalu sukar. Hai orang jauh...di kala aku rindukan kamu...aku temui seseorg di sini yang persis seperti mu.
Aku teringat lirik lagu melly..jika
"jika teringat tentang dikau..
jauh di mata dekat di hati
ingin jumpa walau ada segan
tak ada niat utk berpisah dengan mu.."
aku ingin singkir rindu ini,tetapi hati tak izin...apa lagi bisa aku lakukan? apa lagi bisa aku teruskan kehidupan dalam kerinduan? hakikatnya..antara kita semua semakin jauh...jauh di dalam perbezaan horizon. Terpisah dek perbezaan khalatulistiwa dan taraf kemanusiaan. Kamu dengan jalan mu...aku dengan haluan kehidupan ku..apa lagi titik sinambungan yang masih tinggal utk menyatukan kita semua kembali...
Jika ada doraemon, aku mahu mesin masa..aku mahu kembali ke saat itu. Aku mahu pintu serbaguna itu..yang bisa membawa aku kepada kamu...untuk aku jelaskan apa yang terselirat. Cuma..itu hanya satu picisan omongan yang di cipta pada anak-anak kecik! Aku bukan lagi kanak-kanak yang mampu di gula-gulakan dengan angan-angan dan kata-kata kosong.
Ya Allah..aku ingin berlalu dari cengkaman rindu ini..aku ingin melupakan segalanya... Aku perlukan kekuatan. Aku perlukan ketinggian kesabaran..untuk aku miliki kembali keyakinan dan keteguhan ku yang hilang




0 comments:
Post a Comment