ٍSalam.
Berhabuk sudah blog aku ni...lama sangat dah tak berupdate. Sibuk melampau-lampau...
Bulan 8 ni dah nak mula puasa. Tak tau kenapa, aku tak sabar menunggu bulan puasa tahun ni tiba. Mungkin, buat pertama kalinya aku dapat merasa tiada kelas dijalankan pada bulan puasa. Aku dah dapat bayangkan dapat berbuka dengan family kat umah. Dan yang paling penting, tiada assignment yang perlu aku risaukan semasa bulan puasa ni. Honestly tak sabar rasanya.
“Ya!Allah..dah nak bulan puasa la…x perasan pun..Cepatnya masa berlalu..” Begitu cepatnya masa berlalu sampai kita tidak sedar pun kedatangan Ramadhan. Sebagai orang Mukmin yang mencintai Ramadhan, sepatutnya kedatangan Ramadhan ini dinanti dan kita sentiasa menghitung hari dan rasa tak sabar sentiasa ada dalam diri seperti ulama’ terdahulu. Memang tak dapat dinafikan kesibukan urusan seharian membuatkan kita kadang-kadang terleka sehingga tak perasan kehadiran bulan Ramadhan yang barakah ini.
“Bila ye puasa?.. boleh ke tahun ni puasa penuh ya..yang tahun lepas pun tak ganti lagi.." Ini pun biasa juga terdengar. Astaghfirullah…Lantaran kesibukan dengan urusan dunia dan macam2 hal lagi, ada juga yang belum habis ganti puasa untuk tahun lepas. Terutamanya golongan perempuan lah..sebab biasa dapat ‘cuti dari Allah’ kan..Sesiapa yang masih lagi berhutang dengan Allah, cepat-cepatkanlah habiskan hutang tersebut sebab kita tak tahu bila masanya kita akan pergi. Yang dah habis ganti tu belaja 2 lah puasa sunat persiapan tuk Bulan Ramadhan.
Sekejap jer dah Syabaan, lepas tu Ramadan, Bila dah sampai Ramadan, kejap jer nak ke Syawal ...Raya ler pulak kita, “Eh! dah nak raya la…Baju raya dah siap belum?Kuih raya macam mana ye? nak buat ke nak ‘tunjuk’ ek”. Langsir ngan perabot nak tukar baru ke?” Ini pun biasa juga kita dengar. Tak salah untuk membuat persiapan awal. Namun janganlah sampai berlebihan sehingga kita abaikan untuk beramal pada bulan Ramadhan. Sama-samalah kita muhasabah diri moga-moga Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik dan menjadi madrasah tarbiyyah untuk diri kita semua, Insya-Allah.
Fuhhh!!! bila dihitung kejap kan masa berlalu untuk tahun 2011 ni, dah habis pertengahan tahun, minggu ni dah pertengahan Julai. Lepas tu Ogos, september....tup..tup...sampai Desember....2012 pulak.
Apakah Motif aku nak cerita pagi-pagi nie... Oh ya aku nak cerita..mengenai masa yang berlalu begitu cepat, setahun tu rasa macam sebulan jer...adakah anda semua rasa begitu????
Apakah Motif aku nak cerita pagi-pagi nie... Oh ya aku nak cerita..mengenai masa yang berlalu begitu cepat, setahun tu rasa macam sebulan jer...adakah anda semua rasa begitu????
p/s: Beramal lah..semoga kita perolehi ganjaran yg baik di akhirat nanti
Cepatnya masa berlalu...... Entah kenapa aku tiba-tiba rasa bahagia....